Di kedinginan dinihari tadi yang dihiasi gerimis malam, aku terjaga dari lenaku. Jam baru menjenguk 3 pagi. Sudah berkali-kali aku begini. Tidurku sekarang awal, terlalu awal. Bangunku awal, malah teramat awal. Tak tau kenapa jadi begitu. Tapi memang begitulah sejak beberapa lama kebelakangan ini. Kalau tak tidur awal memang susah nak tidur. Tak tidur langsung, sampai ke pagi. Jadi dah macam extream, extreamist. Tapi aku bukan extreamist, aku idealist. Itu dulu. Kini mengenali realiti hari ini, aku lebih realist, lebih praktikal, lebih kepada hakikat. Pasrah.
Dah terbangun awal, tak tau nak buat apa. On lampu, ku tatap wajahku di cermin, mencermin diri dan aku melihat diri sendiri. Tiba-tiba aku mendapat idea. Maka terlahirlah sajak “Dalam Cermin Itu”. Aku bukan pakar bahasa tapi aku rasa ada unsur abstrak pada sajak itu. Kalau ada yang bertanya apa maksud sajak tu, hahaha, aku pun tak faham tapi ia lahir dari jiwa, dari hati. Bila baca balik, erm bukan lah abstrak sangat. Takpe lah, biarlah orang yang menilai. Yang langsung tak mengenali saya mungkin akan mengtafsirnya secara lain dan bagi yang mengenali mungkin mengtafsirnya secara lain. Tak kenal maka tak cinta. Begitu lah kata pepatah orang tua. Kata orang muda. Memang tak kenal maka tak cinta, itu mungkin. Tapi kadang –kadang kalau dah kenal bukan bertambah cinta tapi menyesakkan dada. Sendiri mau ingat la.
Siap sajak itu, aku postingkan ke blog aku, Mindaluka. Aku baca kembali dan aku on lagu Pelangi Petang dendangan arwah Sudirman Hj. Arshad di Blog ku. Erm baru ada feel sikit. Dinihari ini, aku layan diri dengan melayan perasaan. Bila layan perasaan maka aku terkenang kembali peristiwa itu. Dan aku baca kembali cerpen itu dan baru ku sedar hari ini telah hampir setahun peristiwa itu berlaku. Cepatnya masa berlalu meninggalkan kita dan berlari-lari meninggalkan detik-detik dulu menjadi minit menjadi hari dan hari-hari dulu menjadi semalam, menjadi kelmarin, menjadi minggu, menjadi bulan dan menjadi tahun. Aku jadi apa? Dia dah bagaimana?
Aku percaya hidup kita sudah dilandaskan oleh Allah menjadikan diri kita dan Dia tau itulah yang terbaik untuk hambanya yang itu, yang ini dan yang di si nun. Ianya berdasar kelebihan dan kekurangan masing-masing. Pastilah bersebab dan sebab-sebab itulah menjadikan kita hari ini. Sebab-sebab itu mungkin merupakan sikap, tindakan, perbuatan dan perlakuan kita yang membentuk dan menjadi diri kita hari ini yang akhirnya menjadi persepsi pada orang lain menilai diri kita. Jadi kata orang tua-tua sebab pulut santan binasa sebab mulut badan merasa. Kata orang muda-muda sebab pulut durian banyak yang masuk IJN. Sebab mulut elok beli insuran. Hahahah, maaf aku yang kata.
Salam,
Nur Pelangi
Tuesday, 25 October 2011
Dalam Cermin Itu
Dalam cermin itu,
Kelihatan seorang hamba hina,
Menangis meratap hiba,
Menginsafi diri,
Merayu moga masa - masa itu,
Dapat diputar-ulang kembali,
Biar untuk sedetik minit,
Untuk dihiasi sekelumit budi.
Dalam cermin itu,
Kelihatan seorang manusia durjana,
Berlari-lari mengejar masa,
Dihambat bayangan masa-masa lalu,
Menari-nari digamit mimpi-mimpi ngeri,
Pedih pilu nyeri menyusuk segenap sendi,
Lemah longlai dimamah putaran hari kini.
Di dalam cermin itu,
Kelihatan seorang hamba hina,
Kelihatan seorang manusia durjana,
Terpekik terlolong mengilai nyaring,
Menangis ketawa seiring sekata,
Bersedih gembira sama senada,
Apa mereka sudah gila,
Pada satu ada dua.
Pada cermin itu,
Berbalam-balam membentuk rona,
Membentuk seraut wajah, berwajah-wajah,
Aku kah itu?
Salam,
Nur pelangi

Wednesday, 14 September 2011
Nur Pelangi Mencari Diri
Assalamualaikum,
Selamat berjumpa lagi. Ramadhan telah lama berlalu. Syawal juga kian mengesot pergi, namun masih belum terlambat rasanya untuk menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada sesiapa jua yang pernah terasa, berkecil hati dengan diri ini.
Apa jua yang pernah berlaku biarlah berlalu, biar pun ia tetap akan tersurat menjadi lipatan sejarah. Biarlah ia menjadi sesuatu untuk dikenang di kemudian hari. Menjadi pengajaran kepada diri. Sesungguhnya segala kesilapan dan kekurangan itu adalah kelemahan diri ini.
Buat Blog Mindaluka ini, bagaimana harus ku mulakan semula Blog ku ini setelah sekian lama mengundur diri. Tidak pernah lupa, bukan berniat untuk menyepikan diri malah terasa ingin bermadah pujangga, meluah segala rasa namun serasa tidak berdaya.Terasa letih dan penat mencari kata, mencari jiwa yang hilang untuk sama-sama menongkah arus mencari diri.
Kata ahli sufi, tak kenal diri, hanyut di bawa arus, melayang dihembus bayu. Hidup tiada erti.
Aku mencari diri,

Thursday, 21 July 2011
Pungguk Tak Pernah Rindukan Bulan
Angin,
Sampaikan pada bulan,
Katakan padanya,
Aku tak pernah merinduinya,
Angin,
Sampaikan pada bulan,
Katakan padanya,
Rindu itu hanya dusta,
Angin,
Sampaikan pada bulan
Katakan padanya,
Semua itu rekaan manusia,
Angin,
Katakan juga pada bulan,
Manusia bercinta,
Aku jadi mangsa,
Manusia Merindu,
Aku dituduh rindu pada mu,
Angin,
Katakan pada pungguk,
Aku mengerti,
Pungguk tak pernah rindukan bulan.
Oleh,
Nur pelangi
Sampaikan pada bulan,
Katakan padanya,
Aku tak pernah merinduinya,
Angin,
Sampaikan pada bulan,
Katakan padanya,
Rindu itu hanya dusta,
Angin,
Sampaikan pada bulan
Katakan padanya,
Semua itu rekaan manusia,
Angin,
Katakan juga pada bulan,
Manusia bercinta,
Aku jadi mangsa,
Manusia Merindu,
Aku dituduh rindu pada mu,
Angin,
Katakan pada pungguk,
Aku mengerti,
Pungguk tak pernah rindukan bulan.
Oleh,
Nur pelangi
Wednesday, 20 July 2011
Aku dan Cita-Cita
Assalamualaikum,
Saat ini, suatu ketika dahulu, aku pernah ditanya oleh seorang guru, “A...N, apa cita-cita awak?”. Aku menjawab dengan penuh yakin,” tak ada cita-cita cikgu”.
“Kenapa?” tanya cikgu itu kembali.
“Saya kena tunggu result dahulu cikgu, lepas tu saya akan apply mengikut kelayakan saya” Jawabku. Cikgu tersebut terdiam, dan akhirnya beliau berkata,”erm, rasanya ini kali pertama cikgu mendapat jawapan sebegini”.
Hakikatnya saat itu, aku baru sahaja diperkenalkan kepada rakan sekelasku pada hari pertama aku melapor diri di tingkatan enam. Jawapan itu sebenarnya terkeluar secara spontan tetapi dalam keadaan yang amat waras. Ada kemungkinan cikgu tersebut akan memarahi aku, tapi aku sanggup menerima risikonya. Persoalan yang sama jika ditanya 10 atau 12 tahun sebelum peristiwa itu, maka jawapannya adalah, “doktor”, atau mungkin “peguam” atau “cikgu” atau mungkin apa-apa sahaja tetapi pastinya satu kerjaya yang baik.
Saat jawapan itu terkeluar sebenarnya aku terfikir bahawa result SPM ku sememangnya teruk. Subjek-subjek sains itu sememangnya merosakkan aku. Apa lagi kalau bukan Biologi, Fizik, Kimia dan sudah tentunya Matematik Tambahan. Orang lain straight ‘A’s aku straight ‘F’s. Jadinya, pada fikiranku apa perlunya meletakkan cita-cita yang sekadar impian. Biar berpijak di bumi nyata. Take it step by step. Biar praktikal, biar logik. Dan atas dasar itu, AKU menjadi AKU. Orang benci? aku tak kisah kerana itu haknya. Orang suka? orang sayang? Alhamdulillah, aku tak kisah kerana itu juga haknya. Tapi aku juga ada HAK AKU.
20 bulan kemudian, alhamdulillah result yang keluar agak baik. Cemerlang? Tidak bagi yang sedia cemerlang, bagi ku pun sebenarnya biasa saja. Aku menerimanya dalam keadaan biasa juga. Dan 5 bulan seterusnya, aku telah mendaftarkan diri disalah sebuah menara gading. Adakah ia termasuk dalam cita-citaku? Tidak, tidak pernah terlintas. Pada ku saat itu yang paling penting adalah kerja.
4 tahun setengah selepas tarikh itu, akhirnya aku telah bekerja. Adakah kerja itu merupakan antara cita-citaku? Tidak. Hari ini kiranya telah banyak kerja yang aku lakukan. Bertukar kerja sebenarnya. Ada antaranya itu cita-citaku? Tidak juga. Kerana sedari saat aku ditanya tentang cita-citaku itu, hakikatnya ia suatu yang tak akan mungkin. Saat itu sebenarnya aku telah menerima hakikat itu. Jadi aku terima apa adanya. Dan kini, hakikatnya Aku masih Aku.

Tuesday, 19 July 2011
Hawa
Assalamualaikum,
Bercakap tentang kaum Hawa memang tak akan habis. Yang pasti mereka memang makhluk yang amat istimewa. Di jadikan Allah dengan pelbagai keistimewaan membolehkan Hawa penentu landasan syurga atau neraka seorang lelaki. Malah dengan pelbagai keistimewaan yang ada, mereka juga boleh menentukan syurga idaman hati. Offcourse ada syaratnya. Apapun bukan itu persoalannya yang ingin ditimbulkan. Yang ingin ditimbulkan susahnya nak faham sikap mereka.
Pernah disuatu ketika yang lalu, aku mempunyai kenalan yang agak baik dengan ku. Seorang cikgu. Baik orangnya. Pernah berjumpa pun. Sekali je. Perkenalan itu bermula daripada dia masih single dan available sehinggalah dia telah bertunang. Bila sahaja dia telah bertunang, perkenalan itu masih seperti biasa tetapi aku mula mengawal batas-batas perhubungan tersebut dan akhirnya menjadi renggang. Pada aku, ok je begitu. Memang perlu ada batasnya berhubung dengan tunangan orang.
Selang beberapa bulan kemudiannya, tiba-tiba temanku itu menghubungiku. Beliau bertanyakan pendapat tentang sekufu dan sebagainya. Aku sekadar menjawab apa yang aku tau. Tak kurang, tak lebih. Beliau kemudiannya menyepikan diri buat beberapa bulan dan bila dia menghubungiku kemudiannya, beliau menyatakan bahawa beliau telah putus tunang. Aku bertanya mengapa. Jawapannya padaku, tidak sekufu. Aku terkedu dan kelu.
Aku makin terkedu dan kelu bila dia bertanyakan padaku, bolehkah dia menjadi kawanku. Aku terdiam lama dan akhirnya aku berkata padanya bahawa bukankah aku selama ini sememangnya kawan beliau. Tiba-tiba dia berkata "lelaki semuanya sama" dan beliau memutuskan talian telefon. Aku makin terkedu. Beberapa ketika aku cuba menghubunginya semula, namun tiada jawapan.
Begitulah untuk hari-hari seterusnya sehinggalah aku merasakan tiada keperluan lagi untuk aku menghubunginya kerana bagiku, aku sekadar sayangkan persahabatan itu. Ya, sebagai kawan, tak lebih dari itu. Kalau dia tidak dapat menerimanya. Itu haknya. Takpe lah, mungkin itu yang terbaik buatnya dan terbaik buatku. Cumanya, aku masih tak faham, sehingga kini. Kenapa begitu?

Saturday, 9 July 2011
Ngerinya Kerana Sayang
Assalamualaikum,
Tidak berapa lama dahulu, aku ada mengenali seorang teman.Baik dan pemurah orangnya.Seorang yang mempunyai kerjaya yang agak sederhana dan taraf pendidikan yang baik. Mempunyai daya ingatan yang kuat dan pengetahuan agama yang luas. Amat berminat dengan politik.
Atas dasar kepercayaan agaknya, banyak yang beliau ceritakan tentang kisah hidupnya.Katanya disuatu ketika dulu bahawa dia telah menyukai "seseorang". Aku pasti tahap sukanya beliau pada "seseorang" itu bukanlah tahap suka yang biasa tapi suka yang "luar biasa". Kalau tidak masakan beliau bertanyakan pendapatku tentang poligami. Pendapatku amat mudah, poligami itu dibolehkan dalam islam. Offcourse la bersyarat. Syaratnya itu ditetapkan oleh Allah. Kalau boleh ikut syaratnya, then tepuk dada tanya selera. Aku tidak menggalakkan beliau. Aku bercakap tentang hukum.
Sebenarnya aku faham. Manusia ni suka mencari kekuatan atau sokongan daripada sesuatu atau seseorang untuk menjustifikasi perbuatannya. Untuk memastikan perbuatannya itu sebenarnya bukanlah salah. Lagi ramai yang menyokong lagi kuat justifikasi perbuatannya itu. Bagiku, itu normal.Sikap semulajadi manusia.
Mengenali isteri beliau. Pada aku baik orangnya. Mengenali orang yang disukainya itu.Pada aku biasa saja. Cantik. Pada aku cantik isteri dia lagi. Sikap. Class sikap isteri dia lagi. Jadinya, jadilah dia selama setahun itu hidup tak keruan dek kerana orang yang disukainya itu. Itu suatu ketika dulu.
Saat ini, syukurlah hakikat fakta telah terserlah. Beliau kembali pada realiti. Mungkin tidak akan sama seperti dulu tapi sekurang-kurangnya mereka masih bersama. Semoga akan terus bersama.
Aku sebenarnya mula memahami sesuatu. Rupanya manusia ini tidak kira jantina, tidak kira apa level pendidikannya, tidak kira apa jawatannya, akan melakukan sesuatu tindakan yang kadangkala di luar kawalan minda apabila mereka mula menyayangi seseorang. Tindakan itu kadangkala amat merbahaya, amat tidak logik dan tidak rasional. Mereka menjadi luar 'biasa' dek kerana cinta. Iskkhh, sesungguhnya amat mengerikan bagi ku.

Friday, 8 July 2011
Semoga Berjaya Bos
Assalamualaikum,
Semalam merupakan hari terakhir bos ku menjadi bos Aku.Itu secara tak rasmi. Secara rasminya 31 Julai 2011.Ini kerana beliau akan bercuti bermula Isnin ini sehinggalah hari terakhir tersebut.
Perkenalan aku dengan beliau bermula apabila aku dan dia diarahkan oleh Jabatan masing-masing untuk bertugas di sebuah organisasi antarabangsa. Mungkin disebabkan kami berdua dipinjamkan dari agensi awam ke organisasi tersebut, hubungan kami menjadi agak rapat. Rapat bagi aku kerana sepanjang kerjaya aku, aku memang tak pernah keluar bersama bos aku selain dalam aspek kerja. Dengan beliau ni, aku lunch dengan dia, breakfast pun kadang2 dengan dia, satu perkara yang tak pernah aku lakukan dengan bos-bos ku yang terdahulu.
Malah beliau kerap membawa aku lunch dengan kawan-kawannya yang kebanyakkannya orang-orang yang high profile.Dato'-Dato', Dr.-Dr., Professor-professor, Ketua-ketua Jabatan, Lawyer-lawyer. Kadang-kadang tu timbul rasa kurang selesa sebab aku ni orang yang very low profile. Dan aku pulak memang tak pandai nak bersembang dengan orang - orang bijak pandai ni.
Tapi mereka ni baik-baik sebenarnya. Mengenali mereka secara dekat menyedarkan aku mereka ni manusia biasa je. Apa yang mereka sembangkan actually banyak jugak benda yang aku dan kawan ku sembang. Cumanya perkataan yang terkeluar dan the way perbincangan tu, ala-ala orang high profile la. Kadang-kadang tu melencong jugak, merapu jugak.
Tempat-tempat pertemuan pun menarik minat ku. Kat Hotel tu biasa tapi kat restauran biasa pun ada. Kedai mamak pun ada. Actually bergantung kepada kecenderungan orang itu sendiri. Aku bila kat hotel je, automatik jadi tak selesa. Tak sesuai bagiku tempat-tempat macam tu. Tapi bila dah pergi tu, terpaksalah adjust.
Jadi dengan bos aku ni, aku banyak belajar realiti kehidupan orang-orang high class ni. Cara mereka ni berfikir, kehidupan mereka, pemakanan mereka, apa yang mereka sembang, joke mereka, tempat pertemuan, pengalaman mereka.
Pada aku, pengalaman dengan mereka ni memang menarik tapi aku tak rasa aku nak jadi macam mereka. Aku suka dengan cara hidup aku sekarang. Simple and very low profile. Lagi pun karektor aku tak sesuai hidup macam tu.
Akhirnya buat Bos aku ni, aku doakan dia berjaya dalam apa jua yang beliau rancangkan. Terimalah segala dugaan dan cabaran kehidupan di "luar sana" dengan hati yang terbuka.

Wednesday, 8 June 2011
Saat itu, Tika ini
Salam,
Suatu ketika dulu, saat ini, aku mungkin sedang menuntut di salah sebuah menara gading. Tidak dapat aku pastikan bahawa saat itu, terfikir olehku bahawa kini aku telah sebegini. Saat itu, aku hanya mengikut arus agar aku tidak kecundang di pertengahan pelayaran pembelajaran. Aku kira, aku bukanlah pelajar cemerlang, malah bukan juga seorang pelajar yang rajin. Tapi bagi aku, kalau sekadar nak lulus memang aku mampu melakukan. Ya, akhirnya aku berjaya. Berjaya dalam erti kata, lulus dan melayakkan aku mendapat ijazah.
Saat ini aku telah sebegini. Bukan juga rajin, bukan juga cemerlang. Banggakah dengan apa yang aku miliki hari ini. Tidak dapat dipastikan juga. Kalau dibandingkan dengan sesetengah orang, rasanya aku jauh ketinggalan. Pada masa yang sama, kalau dibandingkan dengan sesetengah orang yang lain, aku boleh dikira berjaya. Ya, aku patut bersyukur dengan apa yang aku miliki.Sekurang-kurangnya aku mempunyai kerjaya, rumah sendiri, kereta sendiri, tanah sendiri, saving sendiri. Walaupun apa yang aku miliki, bukan yang luar biasa, cuma yang biasa-biasa tapi aku tetap ada. Bahagia? Bukan ukuran kerana bahagia bukan harta.
Lagipun mampukah kita bahagia kalau ada insan lain yang menderita. Tapi pastikah kita yang kekurangan itu derita. Mungkin mereka bahagia. Bahagia dengan cara mereka sendiri. Yang mana hakikatnya kita yang terseksa jiwa, miliki segala namun hidup tanpa ceria.
Kata para motivator, bahagia dan derita itu kita yang tentukan. Kalau kita mahu hari ini, tika ini bahagia, maka bahagia lah kita. Tapi kalau kita membentuk mood hari ini, saat ini derita, maka derita lah hati kita. Pada aku, bahagia dan derita adalah lumrah.Terimalah hakikat percaturan hidup yang bukan hak kita, bukan milik kita. Kita hanya merancang Allah yang menentukan.
Bercerita tentang bahagia, teringat seorang teman pernah berkata kepada saya, "Awak carilah bahagia itu". Erm, masih terngiang-ngiang kata-kata itu. Aku harap, semoga DIA juga bahagia kerana aku bahagia jika Dia Bahagia.

Friday, 27 May 2011
Buat Jahat Jangan Sekali
Terbaca sebuah blog yang menceritakan pengalaman seorang individu yang menyatakan kekecewaannya terhadap beban tugas yang terlampau banyak yang diletakkan atas bahunya. Dari pernyataannya menggambarkan bahawa banyak tugasan diserahkan kepada beliau sedangkan ramai lagi rakan sekerja yang ada. Mengenali beliau, bukanlah satu perkara yang mengejutkan banyak tugasan diserahkan kepadanya. Sebabnya, memang beliau boleh diharap. Akan menerima apa saja bentuk pertolongan yang dipohon dan tugasan yang diberikan.
Dari perspektif majikan, ofcourse itu la yang dikehendaki. Mudah, senang kerja. Dan, tentulah kita nak suruh orang yang boleh diharap.Dari perspektif diri sendiri (DIA), tak pastilah. Tapi, walau se'positif' mana pun dia, kalau dah banyak sangat kerja. Akhirnya merungut jugak.
Bila membaca persoalan ini, teringat kisah AKU disuatu ketika dulu.Dulu, aku pernah kerja kat sebuah kantin. Kalau kita bukan bos, maknanya macam-macam kerja la kena buat. Dalam konteks aku ni, bukan lah aku diarahkan untuk buat kerja lebih tapi nature of job tu, dalam situasi tertentu tu, memang kena buat. Tak sampai hati. Contohnya, bila adik-adik tu dah tunggu nak beli makanan, walau pun pada masa tu kita ada kerja lain, terpaksa la layan budak-budak tu. Pekerja lain, sanggup biar budak-budak tu tunggu. Aku tak sanggup.Bukannya aku baik sangat tapi kesian. Aku bayangkan kalau aku kat tempat budak-budak tu, mesti tak puas hati.
Tapi, bila setiap kali situasi macam tu berlaku, aku je yang ambil initiatif, aku mula rasa tak puas hati. Bukan pada budak-budak tu tapi pada rakan sekerja. Akhirnya perhubungan dengan kawan-kawan tu jadi renggang dan kualiti kerja pun jadi kurang. Lebih tak puas hati, bila terdengar ada yang berkata-kata sesama MEREKA kalau tak nak buat, jangan la buat. Erm, memang tak puas hati. Tapi sampai habis, aku terus-terusan macam tu sehingga lah aku dapat tawaran kerja sekarang. Kat tempat kerja baru, aku tak bagi can. Kerja aku, aku buat. Lagipun nature of job nya memang masing-masing kena buat kerja sendiri.Bukan takde masalah, ada.Tapi kita cerita lain kali. Permasalahan yang berbeza.
So, berbalik kepada persoalan asal. Kalau kita dah terbeban dengan banyak sangat kerja, tak payah terima task yang baru. Rakan kerja yang lain pun kena sama-sama bertanggungjawab. Bukan dia orang tak boleh buat cuma kalau bos tak suruh siapa yang nak tawarkan diri. lagi pun bila dah banyak sangat kerja, kualiti kerja jadi kurang, kadang-kadang kita jadi tak ikhlas. Lagipun, kita pun perlu masa untuk diri sendiri.Siapa nak fikirkan tentang diri kita kalau tak diri kita sendiri.
Akhirnya, ingat pesan orang tua-tua. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.Erm, yang jahat tu, tak payah la buat, walaupun sekali.

Saturday, 14 May 2011
Pelangi dan kehidupan
Pelangi adalah satu fenomena alam yang sangat indah. Ciptaan Allah yang dipuja tentang keindahannya.Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warna merah di lengkung paling luar dan ungu di lengkung paling dalam. Mengikut urutan, warnanya ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu. Asas warnanya putih.
Lantaran keindahannya ia sering dijadikan elemen penting dalam sajak, puisi atau penulisan kreatif dalam karya-karya penulis. Biasanya digunakan dalam bentuk perlambangan.
Bagi aku, pelangi boleh dianggap sebagai perlambangan dalam kehidupan kita.Elemen warna pada pelangi menggambarkan kehidupan kita yang pelbagai, yang kadang kala suram, terang, bercahaya dan pelbagai lagi. Dan dengan kepelbagaian itulah sebenarnya yang menjadikan hidup kita ini penuh dengan warna-warna kehidupan. Sangat indah sebenarnya walau pun kadangkala sangat menyakitkan dan mengecewakan. Kepelbagaian itu juga membina pengalaman yang akhirnya menjadikan siapa diri kita. Tapi seperti yang saya katakan, segala kejadian yang berlaku itu beserta niat. Itulah asasnya.
Pelangi juga terbentuk dengan elemen air dan cahaya matahari. Tanpa air atau tanpa cahaya matahari, pelangi tidak akan terbentuk. Jadi dalam kehidupan kita, segala kejadian yang berlaku disebabkan gabungan elemen-elemen kau dan aku, atau suami dan isteri, atau pemimpin dan rakyat, atau alam dan manusia. Jadi, itulah hakikatnya. Jangan suka menuding orang lain dalam satu-satu kejadian. Pastinya ada elemen KITA di situ.
Akhirnya pelangi ini ada elemen mula dan akhir. Ia bermula apabila ada elemen air dan cahaya matahari. Dalam konteks biasa, bila hujan dan adanya cahaya matahari. Ia adalah sementara. Begitu juga dalam kehidupan kita, tiada yang mutlak. Ianya hanya sementara. Dipinjamkan sementara waktu oleh Allah untuk menguji keimanan kita terhadap Nya. Dan pastinya setiap dugaan itu ada penghujungnya dan setiap keindahan itu ada pengakhirannya.Hakikatnya, nikmatilah ia sementara ia masih wujud.
Jadinya, nikmatilah hidup ini dengan asas niat yang putih (ikhlas) sebelum senja menjelang. Kerana tanpa Nur tak mungkin ada Pelangi. Tanpa pelangi, alam tiada seri, hidup tidak berwarna warni.

Wednesday, 11 May 2011
Aku, gadis merokok dan pejuang hak wanita
Assalamualaikum,
Hari ini aku tidak berapa sihat. Malas untuk beralasan, aku menghubungi teman di ofis memalumkan bahawa aku mengambil cuti kecemasan. Mana lah tau, di klinik nanti aku tak dapat MC. Memandangkan aku memohon cuti, aku tidak bersegera untuk ke klinik. Sekadar minum segelas air, aku terus ke klinik. Aku memaklumkan ketidakselesaan yang ku alami kepada Dr. tersebut dan kerana beliau mengenali ku dan pernah beberapa kali merawat ku dan memahami kesakitan yang ku alami, beliau memberi MC kepada ku. Alhamdulillah.
Sebelum pulang ke rumah, aku singgah di sebuah restauran untuk membeli makanan. Bungkus je. Di satu sudut kelihatan 2 orang gadis melayu sedang berbual berselang seli dengan ketawa. Kelihatannya mereka sangat gembira. Cantik orangnya dengan gaya pakaian yang moden.Pasti la ketat dan padat. Dari raut wajah,aku menganggarkan umur mereka masih belasan tahun. Jadi aku gembira melihat mereka gembira. Cuma yang buat aku tak gembira, kedua-duanya menghisap rokok. Mereka seolah-olah berbangga dengan merokok tu.
Aku terfikir samada keluarga mereka tau atau tidak anak perempuan mereka merokok. Mungkin mereka tau, mungkin juga tidak. Terfikir lagi, kalau lah gadis-gadis ini nanti dah berkeluarga dan mempunyai anak. Takkan nak marah kalau anak-anak mereka merokok.
Bagi aku, perkara ini bukanlah pelik dan mengejutkan. Statistik tinjauan Morbiditi dan Mortaliti Kebangsaan 2003 menunjukkan peratusan remaja perempuan merokok adalah sekali ganda lebih tinggi daripada lelaki. Aku tidaklah bangga dengan statistik ini tapi golongan yang memperjuangkan hak wanita mungkin tersenyum bangga. Ternyata sebahagian impian mereka telah tercapai.

Wednesday, 27 April 2011
Aku dan Wanita Berkaca Mata Hitam
Assalamualaikum
Sebenarnya, kejadian ini berlaku semasa aku sedang memandu ke Putrajaya, Ahad lepas. Bukan lah sesuatu yang teramat luar biasa. Perkara biasa, perkara yang selalu kita lihat sehari-hari. Dalam perjalanan tersebut, aku seperti biasa memandu dalam keadaan yang rileks. Tak perlu tergesa-gesa kerana masih terlalu awal untuk sampai ke tempat yang dijanjikan. Tiada apa yang nak dikejar.
Separuh perjalanan, aku terpaksa mengekori sebuah kereta MyV yang bernombor pendaftaran bermula dengan huruf J. Gaya pemanduannya cukup berhemah. Bertata tertib. Perlahan, teramat perlahan. Confirm takkan accident. Unless orang langgar dia la. Pada saya memang bagus la bawa macam tu. Isunya, pemandu tersebut memandu sebegitu di lorong sebelah luar. So banyak la kereta yang berbaris mengekori kereta MyV tersebut. Yang kurang sabar, potong ikut kiri la jawabnya. Akhirnya, aku pun jadi golongan yang kurang sabar. Mana boleh tahan. Berkilo-kilometer mengikut kereta bergaya pemanduan macam tu. Agak-agak siapa yang salah?
Oh ya, lupa nak bagi tau. Pemandunya seorang perempuan yang berkaca mata hitam. Masih muda dan boleh tahan orangnya. Persoalannya pemandu tersebut memang aware dia di lorong kanan dan memandu agak perlahan. Kenapa dia tak tukar ke lorong kiri. Sekolah memandu confirm dah ajar. Betul tak sekolah memandu? Jadi, apa yang nak diketengahkan, memang mengikut statistic ramai pemandu lelaki yang banyak mengalami kemalangan tapi kadang-kadang kemalangan yang berlaku berpunca daripada sikap pemandu yang suka berada di lorong kanan walaupun memandu perlahan.
Pada saya orang yang menjadi punca kemalangan pun bersalah walaupun dia sendiri tak terlibat dalam kemalangan, sebab ada kemalangan yang berlaku disebabkan untuk mengelak subjek yang menjadi punca kemalangan. Erm… pemandu wanita berkaca mata hitam itu pun boleh menjadi subjek.
Nur Pelangi
(Jangan marah ya, topik ni kisah Aku dan Pemandu wanita berkaca mata hitam).

Tuesday, 26 April 2011
Nasi Lemak, budak sekolah dan Obesiti
Assalamualaikum,
Pagi tadi semasa dalam perjalanan ke pejabat, laporan berita di radio menyatakan bahawa Kementerian Pelajaran bercadang untuk menetapkan kepada setiap operator Kantin sekolah agar menjual nasi lemak hanya 2 kali seminggu. Langkah tersebut antara lain bertujuan untuk mengurangkan kadar obesiti dikalangan pelajar sekolah.
Nak tergelak pun ada. Pertamanya, dah kronik agaknya masalah obesiti di kalangan pelajar sekolah.Keduanya, takkan sebegitu ramai pegawai berkelulusan PHD di Kementerian terbabit, ini solution yang terbaik boleh di buat. Tak tambah lagi kepakaran yang ada di Kementerian Kesihatan. Gabung dua kementerian tak termasuk agensi di bawahnya, solution yang ada hanya kawal penjualan nasi lemak. Memang kita patut tabik spring kat dia orang ni. Cukup cemerlang. Kasihan pengusaha kantin, dah tak bebas nak berniaga.
Soalnya, boleh ke budak-budak sekolah tu gemuk kalau tiap-tiap hari dia orang ni makan nasi lemak. Rasanya tak kot. Obesitinya budak-budak tu disebabkan pemakanan disekolah dan dirumah mereka. Bergantung jugak kepada kuantiti dan kekerapan yang diambil. Bersenam mungkin tak pernah langsung. Manakan tidak, balik rumah lepas makan, mengadap komputer. Apa lagi kalau tak main game.Kalau dah main game tu, tak ingat dunia. GEMUK la budak tu kalau dah macam tu. Lepas tu Kementerian berhasrat nak kawal penjualan nasi lemak oleh pihak kantin. Maaf la, nampak macam tak logik je dan nampak pelik.
Lagi pun,apa sangat pilihan yang ada nak makan kat Malaysia ni, khususnya sarapan pagi.Nasi lemak, roti canai, nasi goreng, bihun goreng, kueteow goreng, mee goreng dan kuih muih standart (karipap, donut). Pusing-pusing, senarai ni la yang kita makan hari-hari. Boleh gemuk ke? Gemuk kalau makan berpinggan-pinggan. Sekali bubuh sampai tak muat pinggan. Yang ni confirm boleh gemuk. Tapi kalau gemuk pun, hari-hari buat senaman, I'Allah sihat.Sihat tu yang penting. Bukan gemuk.Bukan kurus. Kalau kurus pun, kolesterol tinggi buat apa. Kan? Betul tak?
Actually kenapa tak ditekankan aspek sukan di sekolah-sekolah ni. Wajib kan budak-budak tu bersukan. Ko-K sukan wajib. Seminggu dua kali, main la apa nak main.Ini bukan saja memupuk mereka untuk bersukan, malah mungkin dapat mengenengahkan bakat tertentu di dalam bidang sukan. Rasanya lebih mudah untuk kawal budak supaya bersukan daripada kawal pihak kantin daripada jual nasi lemak. Lagipun, nasi lemak boleh dibeli kat mana-mana, bukan di kantin je. Atau pun, kalau idea bersukan tu kurang bijak, mungkin golongan PHD di Kementerian boleh bagi idea yang lebih baik dari kawal penjualan nasi lemak tu.Iskh, sedih betul.Baru la betul-betul PHD. Berbaloi Kerajaan sponsor (hehehe, yang kerajaan sponsor la....jangan marah).

Monday, 25 April 2011
Aku, Kawan aku dan kahwin.
Semalam aku bertemu dengan sahabat lama di Alamanda. Seorang gadis yang melalui usia awal 30an. Katanya masih single dan available. Aku yakin dia sememangnya masih single dan available. Dia seorang yang pada pandanganku telah berjaya. Sekurang-kurangnya dalam kerjaya di mana beliau merupakan seorang Ketua Penolong Pengarah di sebuah Jabatan Kerajaan. Beliau juga memiliki Master dan bercadang untuk menyambung pengajian ke peringkat PHD. Memiliki kereta Toyota Wish dan rumah double story. Apalagi yang kita cari kalau sudah memiliki semua itu. Ya begitulah bagi sesetengah orang.
Dalam pertemuan tersebut banyak perkara yang kami bincangkan. Antaranya bab kahwin. Actually mulanya dia telah bertanya padaku bila nak kahwin. Bukan la pelik sangat dengan soalan tu tapi kali ini aku mengambil masa yang agak lama untuk menjawab persoalan tersebut. Tak pasti nak jawab macamana soalan tu.
Entahlah, pada aku perkahwinan ni tak hanya melibatkan antara aku dan bakal isteri aku sahaja. Pastinya melibatkan kaum keluarga pihak lelaki dan kaum keluarga pihak perempuan. Malah kadangkala melibatkan latarbelakang masing-masing. Jadi bila semua tu perlu diambilkira maka ia susah sikit bagi aku. Akhirnya aku menjawab kalaulah perkahwinan itu hanya melibatkan aku dan seseorang perempuan sahaja tanpa melibatkan keluarga, mungkin aku dah kahwin sekarang.
Lalu aku pula bertanya padanya, kenapa masih tak kahwin sekarang. Dia juga mengambil masa untuk menjawab. Katanya memanglah dia nak kahwin terutama bila memikirkan tentang usianya. Lebih-lebih lagi bila memikirkan tentang zuriat. Memang dia berhasrat untuk mempunyai zuriat sendiri.
Aku bertanya padanya sudah ada kah calonnya? Dia kata tak ada. Bukan tak ada langsung, actually seorang tu duda, kerja dengan Kerajaan. Cuma katanya dia tak ada perasaan pada lelaki tu. Yang seorang lagi tu suami orang. Bukan masalah baginya kalau suami orang pun, tapi lelaki ni dah bercerai banyak kali dan isteri yang dia ada ni, entah isteri yang ke berapa dia dah kawin. Kerjanya? ok la. So nasihat saya, tak payah lah. Nanti menyakitkan hati je.
So, bila bercakap pasal kahwin ni. Susah sebenarnya, kalau tak sampai seru la. Ada je alasannya. Soal hati la. Soal perasaan la. Sekufu la. Antara dua darjat la. Macam-macam soal la. Last sekali jawapan yang paling mudah, tak ada jodoh. Bukan nak kata orang, aku pun sama. Nasib baik hensem lagi....heheheh.
Sunday, 24 April 2011
Hati dan Aku
Hati,
Izinkan aku untuk mengerti,
Peri luka mu, peri duka mu,
Hati,
Andai kamu merintih,
Aku menangis,
Andai kamu bersedih,
Hidupku perih.
Hati,
Lewat lepas purnama,
Letak timpuh mu,
Tata bicara mu,
Tidak sekata,
Tidak sempurna,
Aku penuh pasti,
Tragedi melanda diri.
Hati,
Aku bersamamu,
Andai kamu pergi, aku sepi,
Syahdu meruntun kalbu, aku pilu.
Hati,
Ku pohon pada mu,
lepaskan memori lalu,
Berlalu bersama bayu,
Bebaskan dirimu, bebaskanlah aku,
Hati,
Aku merayu,
Buka alam baru,
Bentuk minda baru,
Kerana,
Kamu, Aku, adalah satu
Kerana
Kamu adalah aku.
Friday, 22 April 2011
Mentari, Gerimis, Pelangi dan Aku
kala sepi,
sinar mentari memancar,
menerangi menyinari alam,
menyuluh landasan hati
kala sepi,
gerimis mencurah bumi,
menyegar gersang maya,
membasah tandus hati
kala sepi,
kala mentari menyinari hati,
kala gerimis membasah nurani,
langit dihias lukisan pelangi,
terima kasih mentari,
kerna menyinari kelam hati,
terima kasih gerimis,
kerna menyubur tandus jiwa,
terima kasih pelangi,
kerna mewarna kosong sukma,
biarpun hadirmu seketika,
biarpun lahirmu sementara,
biar pernah ada luka,
biar pernah ada duka,
biar pernah ada kecewa
namun aku gembira,
kini telah nyata,
DIA BAHAGIA.
Aku,
Nur Pelangi
sinar mentari memancar,
menerangi menyinari alam,
menyuluh landasan hati
kala sepi,
gerimis mencurah bumi,
menyegar gersang maya,
membasah tandus hati
kala sepi,
kala mentari menyinari hati,
kala gerimis membasah nurani,
langit dihias lukisan pelangi,
terima kasih mentari,
kerna menyinari kelam hati,
terima kasih gerimis,
kerna menyubur tandus jiwa,
terima kasih pelangi,
kerna mewarna kosong sukma,
biarpun hadirmu seketika,
biarpun lahirmu sementara,
biar pernah ada luka,
biar pernah ada duka,
biar pernah ada kecewa
namun aku gembira,
kini telah nyata,
DIA BAHAGIA.
Aku,
Nur Pelangi
Sunday, 17 April 2011
Semalam: Bola Sepak dan aku
Assalamualaikum,
Semalam 16 April 2011, ada beberapa perkara yang menarik perhatian saya. Pertama, offcourse perlawanan bola sepak antara Barcelona FC vs Real Madrid atau biasa disebut El Clasico, MU vs Man City dan Perak vs Selangor. Keduanya Pilihanraya Negeri Sarawak. Bab pilihanraya negeri Sarawak ni akan dibincangkan kemudian. Hari ni kisah bola sepak.
Keputusannya Barcelona seri; 1 : 1, satu keputusan yang mungkin baik bagi Barcelona memandangkan baki saingan La Liga tinggal hanya 6 perlawanan. Apa yang menjadikan perlawanan ini menarik kerana ia merupakan perlawanan pertama daripada 4 pertemuan yang bakal berlangsung dalam tempoh 18 hari yang melibatkan kejuaran La Liga, Copa Del Rey dan Champion League. Tradisi dan sejarah dua kelab bola sepak ini menjadikan pertemuan ini menjadi tontonan jutaan peminat bola sepak. Tambah menarik ia menemukan Lionel Messi dan C.Ronaldo.
MU kalah kepada Manchester City; 0 : 1, akhirnya Man City berjaya ke perlawanan akhir menewaskan musuh setempat yang sentiasa membayangi mereka. Kegembiraan Man City turut dikongsi sama oleh ramai peminat bola sepak terutamanya penyokong Liverpool dan termasuklah saya. Sebab? Kerana saya juga adalah penyokong Liverpool. Selamat tinggal Treble buat MU.
Perak vs Selangor: 0 : 1, Perak kalah kepada Selangor tapi Liga Malaysia masih panjang. Dan Perak agak membanggakan pada tahun ini. Semoga Perak akan kembali ke zaman kegemilangan di awal 90an dan dan hujung 90an.
Sementara itu satu lagi acara sukan menarik berlangsung hari ini, Grand Prix F1, Shanghai. Erm, Vettel gagal menjuarai GP Shanghai yang secara tidak langsung menggagalkan hasrat beliau untuk menjuarai 3 GP secara berturut-turut bagi musim ini. Saya? Minat jugak tengok F1, minggu lepas pun tengok Live kat Sepang, tapi dah kurang thrill, my favourite driver dah takde; Kimi Raikonnen. Apapun, harapnya musim ni persaingan sengit akan berlaku antara Hamilton, Vettel, Webber, Alonso, Button dll.
Akhirnya, semoga Barcelona berjaya untuk Treble tahun ini.
Salam,
Nur Pelangi.
Friday, 15 April 2011
Salam Pembuka Bicara
Assalamualaikum,
Telah terlalu lama rasanya hasrat hati untuk membuka Blog sendiri. Namun pelbagai kekangan yang direka minda menggagalkan hasrat tersebut. Namun hari ini, 16 April 2011, Sabtu, jam 7.45 pagi, bersamaan 12 Jamadilawal 1432 Hijrah, dengan izin Allah, alhamdulillah hasrat yang sekian lama bersarang di hati itu terkabul jua.
Tidak dapat dipastikan tujuan sebenar lahirnya Blog Minda Luka ini. Mungkin kerana hati. Hati ini terasa ingin berkata-kata. Terasa ingin untuk meluahkan segala yang ada, untuk mengingatkan diri sendiri terutamanya. Mungkin juga kerana suka-suka. Sekadar mengisi ruang waktu senggang melayan rasa. Melayan kerenah jiwa.
Sebelum Blog ini belayar jauh membelah gelora minda, terbang membelah gelombang rasa dan menongkah arus belantara jiwa, izinkan saya memohon ampun dan maaf kiranya ada jiwa yang terluka membaca kekurangan luahan jiwa saya. Sesungguhnya ia pandangan peribadi semata-mata.
Salam sayang,
Nur Pelangi.
Subscribe to:
Comments (Atom)