Terbaca sebuah blog yang menceritakan pengalaman seorang individu yang menyatakan kekecewaannya terhadap beban tugas yang terlampau banyak yang diletakkan atas bahunya. Dari pernyataannya menggambarkan bahawa banyak tugasan diserahkan kepada beliau sedangkan ramai lagi rakan sekerja yang ada. Mengenali beliau, bukanlah satu perkara yang mengejutkan banyak tugasan diserahkan kepadanya. Sebabnya, memang beliau boleh diharap. Akan menerima apa saja bentuk pertolongan yang dipohon dan tugasan yang diberikan.
Dari perspektif majikan, ofcourse itu la yang dikehendaki. Mudah, senang kerja. Dan, tentulah kita nak suruh orang yang boleh diharap.Dari perspektif diri sendiri (DIA), tak pastilah. Tapi, walau se'positif' mana pun dia, kalau dah banyak sangat kerja. Akhirnya merungut jugak.
Bila membaca persoalan ini, teringat kisah AKU disuatu ketika dulu.Dulu, aku pernah kerja kat sebuah kantin. Kalau kita bukan bos, maknanya macam-macam kerja la kena buat. Dalam konteks aku ni, bukan lah aku diarahkan untuk buat kerja lebih tapi nature of job tu, dalam situasi tertentu tu, memang kena buat. Tak sampai hati. Contohnya, bila adik-adik tu dah tunggu nak beli makanan, walau pun pada masa tu kita ada kerja lain, terpaksa la layan budak-budak tu. Pekerja lain, sanggup biar budak-budak tu tunggu. Aku tak sanggup.Bukannya aku baik sangat tapi kesian. Aku bayangkan kalau aku kat tempat budak-budak tu, mesti tak puas hati.
Tapi, bila setiap kali situasi macam tu berlaku, aku je yang ambil initiatif, aku mula rasa tak puas hati. Bukan pada budak-budak tu tapi pada rakan sekerja. Akhirnya perhubungan dengan kawan-kawan tu jadi renggang dan kualiti kerja pun jadi kurang. Lebih tak puas hati, bila terdengar ada yang berkata-kata sesama MEREKA kalau tak nak buat, jangan la buat. Erm, memang tak puas hati. Tapi sampai habis, aku terus-terusan macam tu sehingga lah aku dapat tawaran kerja sekarang. Kat tempat kerja baru, aku tak bagi can. Kerja aku, aku buat. Lagipun nature of job nya memang masing-masing kena buat kerja sendiri.Bukan takde masalah, ada.Tapi kita cerita lain kali. Permasalahan yang berbeza.
So, berbalik kepada persoalan asal. Kalau kita dah terbeban dengan banyak sangat kerja, tak payah terima task yang baru. Rakan kerja yang lain pun kena sama-sama bertanggungjawab. Bukan dia orang tak boleh buat cuma kalau bos tak suruh siapa yang nak tawarkan diri. lagi pun bila dah banyak sangat kerja, kualiti kerja jadi kurang, kadang-kadang kita jadi tak ikhlas. Lagipun, kita pun perlu masa untuk diri sendiri.Siapa nak fikirkan tentang diri kita kalau tak diri kita sendiri.
Akhirnya, ingat pesan orang tua-tua. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.Erm, yang jahat tu, tak payah la buat, walaupun sekali.
No comments:
Post a Comment