Assalamualaikum
Sebenarnya, kejadian ini berlaku semasa aku sedang memandu ke Putrajaya, Ahad lepas. Bukan lah sesuatu yang teramat luar biasa. Perkara biasa, perkara yang selalu kita lihat sehari-hari. Dalam perjalanan tersebut, aku seperti biasa memandu dalam keadaan yang rileks. Tak perlu tergesa-gesa kerana masih terlalu awal untuk sampai ke tempat yang dijanjikan. Tiada apa yang nak dikejar.
Separuh perjalanan, aku terpaksa mengekori sebuah kereta MyV yang bernombor pendaftaran bermula dengan huruf J. Gaya pemanduannya cukup berhemah. Bertata tertib. Perlahan, teramat perlahan. Confirm takkan accident. Unless orang langgar dia la. Pada saya memang bagus la bawa macam tu. Isunya, pemandu tersebut memandu sebegitu di lorong sebelah luar. So banyak la kereta yang berbaris mengekori kereta MyV tersebut. Yang kurang sabar, potong ikut kiri la jawabnya. Akhirnya, aku pun jadi golongan yang kurang sabar. Mana boleh tahan. Berkilo-kilometer mengikut kereta bergaya pemanduan macam tu. Agak-agak siapa yang salah?
Oh ya, lupa nak bagi tau. Pemandunya seorang perempuan yang berkaca mata hitam. Masih muda dan boleh tahan orangnya. Persoalannya pemandu tersebut memang aware dia di lorong kanan dan memandu agak perlahan. Kenapa dia tak tukar ke lorong kiri. Sekolah memandu confirm dah ajar. Betul tak sekolah memandu? Jadi, apa yang nak diketengahkan, memang mengikut statistic ramai pemandu lelaki yang banyak mengalami kemalangan tapi kadang-kadang kemalangan yang berlaku berpunca daripada sikap pemandu yang suka berada di lorong kanan walaupun memandu perlahan.
Pada saya orang yang menjadi punca kemalangan pun bersalah walaupun dia sendiri tak terlibat dalam kemalangan, sebab ada kemalangan yang berlaku disebabkan untuk mengelak subjek yang menjadi punca kemalangan. Erm… pemandu wanita berkaca mata hitam itu pun boleh menjadi subjek.
Nur Pelangi
(Jangan marah ya, topik ni kisah Aku dan Pemandu wanita berkaca mata hitam).
Wednesday, 27 April 2011
Tuesday, 26 April 2011
Nasi Lemak, budak sekolah dan Obesiti
Assalamualaikum,
Pagi tadi semasa dalam perjalanan ke pejabat, laporan berita di radio menyatakan bahawa Kementerian Pelajaran bercadang untuk menetapkan kepada setiap operator Kantin sekolah agar menjual nasi lemak hanya 2 kali seminggu. Langkah tersebut antara lain bertujuan untuk mengurangkan kadar obesiti dikalangan pelajar sekolah.
Nak tergelak pun ada. Pertamanya, dah kronik agaknya masalah obesiti di kalangan pelajar sekolah.Keduanya, takkan sebegitu ramai pegawai berkelulusan PHD di Kementerian terbabit, ini solution yang terbaik boleh di buat. Tak tambah lagi kepakaran yang ada di Kementerian Kesihatan. Gabung dua kementerian tak termasuk agensi di bawahnya, solution yang ada hanya kawal penjualan nasi lemak. Memang kita patut tabik spring kat dia orang ni. Cukup cemerlang. Kasihan pengusaha kantin, dah tak bebas nak berniaga.
Soalnya, boleh ke budak-budak sekolah tu gemuk kalau tiap-tiap hari dia orang ni makan nasi lemak. Rasanya tak kot. Obesitinya budak-budak tu disebabkan pemakanan disekolah dan dirumah mereka. Bergantung jugak kepada kuantiti dan kekerapan yang diambil. Bersenam mungkin tak pernah langsung. Manakan tidak, balik rumah lepas makan, mengadap komputer. Apa lagi kalau tak main game.Kalau dah main game tu, tak ingat dunia. GEMUK la budak tu kalau dah macam tu. Lepas tu Kementerian berhasrat nak kawal penjualan nasi lemak oleh pihak kantin. Maaf la, nampak macam tak logik je dan nampak pelik.
Lagi pun,apa sangat pilihan yang ada nak makan kat Malaysia ni, khususnya sarapan pagi.Nasi lemak, roti canai, nasi goreng, bihun goreng, kueteow goreng, mee goreng dan kuih muih standart (karipap, donut). Pusing-pusing, senarai ni la yang kita makan hari-hari. Boleh gemuk ke? Gemuk kalau makan berpinggan-pinggan. Sekali bubuh sampai tak muat pinggan. Yang ni confirm boleh gemuk. Tapi kalau gemuk pun, hari-hari buat senaman, I'Allah sihat.Sihat tu yang penting. Bukan gemuk.Bukan kurus. Kalau kurus pun, kolesterol tinggi buat apa. Kan? Betul tak?
Actually kenapa tak ditekankan aspek sukan di sekolah-sekolah ni. Wajib kan budak-budak tu bersukan. Ko-K sukan wajib. Seminggu dua kali, main la apa nak main.Ini bukan saja memupuk mereka untuk bersukan, malah mungkin dapat mengenengahkan bakat tertentu di dalam bidang sukan. Rasanya lebih mudah untuk kawal budak supaya bersukan daripada kawal pihak kantin daripada jual nasi lemak. Lagipun, nasi lemak boleh dibeli kat mana-mana, bukan di kantin je. Atau pun, kalau idea bersukan tu kurang bijak, mungkin golongan PHD di Kementerian boleh bagi idea yang lebih baik dari kawal penjualan nasi lemak tu.Iskh, sedih betul.Baru la betul-betul PHD. Berbaloi Kerajaan sponsor (hehehe, yang kerajaan sponsor la....jangan marah).

Monday, 25 April 2011
Aku, Kawan aku dan kahwin.
Semalam aku bertemu dengan sahabat lama di Alamanda. Seorang gadis yang melalui usia awal 30an. Katanya masih single dan available. Aku yakin dia sememangnya masih single dan available. Dia seorang yang pada pandanganku telah berjaya. Sekurang-kurangnya dalam kerjaya di mana beliau merupakan seorang Ketua Penolong Pengarah di sebuah Jabatan Kerajaan. Beliau juga memiliki Master dan bercadang untuk menyambung pengajian ke peringkat PHD. Memiliki kereta Toyota Wish dan rumah double story. Apalagi yang kita cari kalau sudah memiliki semua itu. Ya begitulah bagi sesetengah orang.
Dalam pertemuan tersebut banyak perkara yang kami bincangkan. Antaranya bab kahwin. Actually mulanya dia telah bertanya padaku bila nak kahwin. Bukan la pelik sangat dengan soalan tu tapi kali ini aku mengambil masa yang agak lama untuk menjawab persoalan tersebut. Tak pasti nak jawab macamana soalan tu.
Entahlah, pada aku perkahwinan ni tak hanya melibatkan antara aku dan bakal isteri aku sahaja. Pastinya melibatkan kaum keluarga pihak lelaki dan kaum keluarga pihak perempuan. Malah kadangkala melibatkan latarbelakang masing-masing. Jadi bila semua tu perlu diambilkira maka ia susah sikit bagi aku. Akhirnya aku menjawab kalaulah perkahwinan itu hanya melibatkan aku dan seseorang perempuan sahaja tanpa melibatkan keluarga, mungkin aku dah kahwin sekarang.
Lalu aku pula bertanya padanya, kenapa masih tak kahwin sekarang. Dia juga mengambil masa untuk menjawab. Katanya memanglah dia nak kahwin terutama bila memikirkan tentang usianya. Lebih-lebih lagi bila memikirkan tentang zuriat. Memang dia berhasrat untuk mempunyai zuriat sendiri.
Aku bertanya padanya sudah ada kah calonnya? Dia kata tak ada. Bukan tak ada langsung, actually seorang tu duda, kerja dengan Kerajaan. Cuma katanya dia tak ada perasaan pada lelaki tu. Yang seorang lagi tu suami orang. Bukan masalah baginya kalau suami orang pun, tapi lelaki ni dah bercerai banyak kali dan isteri yang dia ada ni, entah isteri yang ke berapa dia dah kawin. Kerjanya? ok la. So nasihat saya, tak payah lah. Nanti menyakitkan hati je.
So, bila bercakap pasal kahwin ni. Susah sebenarnya, kalau tak sampai seru la. Ada je alasannya. Soal hati la. Soal perasaan la. Sekufu la. Antara dua darjat la. Macam-macam soal la. Last sekali jawapan yang paling mudah, tak ada jodoh. Bukan nak kata orang, aku pun sama. Nasib baik hensem lagi....heheheh.
Sunday, 24 April 2011
Hati dan Aku
Hati,
Izinkan aku untuk mengerti,
Peri luka mu, peri duka mu,
Hati,
Andai kamu merintih,
Aku menangis,
Andai kamu bersedih,
Hidupku perih.
Hati,
Lewat lepas purnama,
Letak timpuh mu,
Tata bicara mu,
Tidak sekata,
Tidak sempurna,
Aku penuh pasti,
Tragedi melanda diri.
Hati,
Aku bersamamu,
Andai kamu pergi, aku sepi,
Syahdu meruntun kalbu, aku pilu.
Hati,
Ku pohon pada mu,
lepaskan memori lalu,
Berlalu bersama bayu,
Bebaskan dirimu, bebaskanlah aku,
Hati,
Aku merayu,
Buka alam baru,
Bentuk minda baru,
Kerana,
Kamu, Aku, adalah satu
Kerana
Kamu adalah aku.
Friday, 22 April 2011
Mentari, Gerimis, Pelangi dan Aku
kala sepi,
sinar mentari memancar,
menerangi menyinari alam,
menyuluh landasan hati
kala sepi,
gerimis mencurah bumi,
menyegar gersang maya,
membasah tandus hati
kala sepi,
kala mentari menyinari hati,
kala gerimis membasah nurani,
langit dihias lukisan pelangi,
terima kasih mentari,
kerna menyinari kelam hati,
terima kasih gerimis,
kerna menyubur tandus jiwa,
terima kasih pelangi,
kerna mewarna kosong sukma,
biarpun hadirmu seketika,
biarpun lahirmu sementara,
biar pernah ada luka,
biar pernah ada duka,
biar pernah ada kecewa
namun aku gembira,
kini telah nyata,
DIA BAHAGIA.
Aku,
Nur Pelangi
sinar mentari memancar,
menerangi menyinari alam,
menyuluh landasan hati
kala sepi,
gerimis mencurah bumi,
menyegar gersang maya,
membasah tandus hati
kala sepi,
kala mentari menyinari hati,
kala gerimis membasah nurani,
langit dihias lukisan pelangi,
terima kasih mentari,
kerna menyinari kelam hati,
terima kasih gerimis,
kerna menyubur tandus jiwa,
terima kasih pelangi,
kerna mewarna kosong sukma,
biarpun hadirmu seketika,
biarpun lahirmu sementara,
biar pernah ada luka,
biar pernah ada duka,
biar pernah ada kecewa
namun aku gembira,
kini telah nyata,
DIA BAHAGIA.
Aku,
Nur Pelangi
Sunday, 17 April 2011
Semalam: Bola Sepak dan aku
Assalamualaikum,
Semalam 16 April 2011, ada beberapa perkara yang menarik perhatian saya. Pertama, offcourse perlawanan bola sepak antara Barcelona FC vs Real Madrid atau biasa disebut El Clasico, MU vs Man City dan Perak vs Selangor. Keduanya Pilihanraya Negeri Sarawak. Bab pilihanraya negeri Sarawak ni akan dibincangkan kemudian. Hari ni kisah bola sepak.
Keputusannya Barcelona seri; 1 : 1, satu keputusan yang mungkin baik bagi Barcelona memandangkan baki saingan La Liga tinggal hanya 6 perlawanan. Apa yang menjadikan perlawanan ini menarik kerana ia merupakan perlawanan pertama daripada 4 pertemuan yang bakal berlangsung dalam tempoh 18 hari yang melibatkan kejuaran La Liga, Copa Del Rey dan Champion League. Tradisi dan sejarah dua kelab bola sepak ini menjadikan pertemuan ini menjadi tontonan jutaan peminat bola sepak. Tambah menarik ia menemukan Lionel Messi dan C.Ronaldo.
MU kalah kepada Manchester City; 0 : 1, akhirnya Man City berjaya ke perlawanan akhir menewaskan musuh setempat yang sentiasa membayangi mereka. Kegembiraan Man City turut dikongsi sama oleh ramai peminat bola sepak terutamanya penyokong Liverpool dan termasuklah saya. Sebab? Kerana saya juga adalah penyokong Liverpool. Selamat tinggal Treble buat MU.
Perak vs Selangor: 0 : 1, Perak kalah kepada Selangor tapi Liga Malaysia masih panjang. Dan Perak agak membanggakan pada tahun ini. Semoga Perak akan kembali ke zaman kegemilangan di awal 90an dan dan hujung 90an.
Sementara itu satu lagi acara sukan menarik berlangsung hari ini, Grand Prix F1, Shanghai. Erm, Vettel gagal menjuarai GP Shanghai yang secara tidak langsung menggagalkan hasrat beliau untuk menjuarai 3 GP secara berturut-turut bagi musim ini. Saya? Minat jugak tengok F1, minggu lepas pun tengok Live kat Sepang, tapi dah kurang thrill, my favourite driver dah takde; Kimi Raikonnen. Apapun, harapnya musim ni persaingan sengit akan berlaku antara Hamilton, Vettel, Webber, Alonso, Button dll.
Akhirnya, semoga Barcelona berjaya untuk Treble tahun ini.
Salam,
Nur Pelangi.
Friday, 15 April 2011
Salam Pembuka Bicara
Assalamualaikum,
Telah terlalu lama rasanya hasrat hati untuk membuka Blog sendiri. Namun pelbagai kekangan yang direka minda menggagalkan hasrat tersebut. Namun hari ini, 16 April 2011, Sabtu, jam 7.45 pagi, bersamaan 12 Jamadilawal 1432 Hijrah, dengan izin Allah, alhamdulillah hasrat yang sekian lama bersarang di hati itu terkabul jua.
Tidak dapat dipastikan tujuan sebenar lahirnya Blog Minda Luka ini. Mungkin kerana hati. Hati ini terasa ingin berkata-kata. Terasa ingin untuk meluahkan segala yang ada, untuk mengingatkan diri sendiri terutamanya. Mungkin juga kerana suka-suka. Sekadar mengisi ruang waktu senggang melayan rasa. Melayan kerenah jiwa.
Sebelum Blog ini belayar jauh membelah gelora minda, terbang membelah gelombang rasa dan menongkah arus belantara jiwa, izinkan saya memohon ampun dan maaf kiranya ada jiwa yang terluka membaca kekurangan luahan jiwa saya. Sesungguhnya ia pandangan peribadi semata-mata.
Salam sayang,
Nur Pelangi.
Subscribe to:
Comments (Atom)