Friday, 8 July 2011

Semoga Berjaya Bos

Assalamualaikum,

Semalam merupakan hari terakhir bos ku menjadi bos Aku.Itu secara tak rasmi. Secara rasminya 31 Julai 2011.Ini kerana beliau akan bercuti bermula Isnin ini sehinggalah hari terakhir tersebut.

Perkenalan aku dengan beliau bermula apabila aku dan dia diarahkan oleh Jabatan masing-masing untuk bertugas di sebuah organisasi antarabangsa. Mungkin disebabkan kami berdua dipinjamkan dari agensi awam ke organisasi tersebut, hubungan kami menjadi agak rapat. Rapat bagi aku kerana sepanjang kerjaya aku, aku memang tak pernah keluar bersama bos aku selain dalam aspek kerja. Dengan beliau ni, aku lunch dengan dia, breakfast pun kadang2 dengan dia, satu perkara yang tak pernah aku lakukan dengan bos-bos ku yang terdahulu.

Malah beliau kerap membawa aku lunch dengan kawan-kawannya yang kebanyakkannya orang-orang yang high profile.Dato'-Dato', Dr.-Dr., Professor-professor, Ketua-ketua Jabatan, Lawyer-lawyer. Kadang-kadang tu timbul rasa kurang selesa sebab aku ni orang yang very low profile. Dan aku pulak memang tak pandai nak bersembang dengan orang - orang bijak pandai ni.

Tapi mereka ni baik-baik sebenarnya. Mengenali mereka secara dekat menyedarkan aku mereka ni manusia biasa je. Apa yang mereka sembangkan actually banyak jugak benda yang aku dan kawan ku sembang. Cumanya perkataan yang terkeluar dan the way perbincangan tu, ala-ala orang high profile la. Kadang-kadang tu melencong jugak, merapu jugak.

Tempat-tempat pertemuan pun menarik minat ku. Kat Hotel tu biasa tapi kat restauran biasa pun ada. Kedai mamak pun ada. Actually bergantung kepada kecenderungan orang itu sendiri. Aku bila kat hotel je, automatik jadi tak selesa. Tak sesuai bagiku tempat-tempat macam tu. Tapi bila dah pergi tu, terpaksalah adjust.

Jadi dengan bos aku ni, aku banyak belajar realiti kehidupan orang-orang high class ni. Cara mereka ni berfikir, kehidupan mereka, pemakanan mereka, apa yang mereka sembang, joke mereka, tempat pertemuan, pengalaman mereka.

Pada aku, pengalaman dengan mereka ni memang menarik tapi aku tak rasa aku nak jadi macam mereka. Aku suka dengan cara hidup aku sekarang. Simple and very low profile. Lagi pun karektor aku tak sesuai hidup macam tu.

Akhirnya buat Bos aku ni, aku doakan dia berjaya dalam apa jua yang beliau rancangkan. Terimalah segala dugaan dan cabaran kehidupan di "luar sana" dengan hati yang terbuka.

Salam,
Nur Pelangi

No comments:

Post a Comment