Assalamualaikum,
Semalam 16 April 2011, ada beberapa perkara yang menarik perhatian saya. Pertama, offcourse perlawanan bola sepak antara Barcelona FC vs Real Madrid atau biasa disebut El Clasico, MU vs Man City dan Perak vs Selangor. Keduanya Pilihanraya Negeri Sarawak. Bab pilihanraya negeri Sarawak ni akan dibincangkan kemudian. Hari ni kisah bola sepak.
Keputusannya Barcelona seri; 1 : 1, satu keputusan yang mungkin baik bagi Barcelona memandangkan baki saingan La Liga tinggal hanya 6 perlawanan. Apa yang menjadikan perlawanan ini menarik kerana ia merupakan perlawanan pertama daripada 4 pertemuan yang bakal berlangsung dalam tempoh 18 hari yang melibatkan kejuaran La Liga, Copa Del Rey dan Champion League. Tradisi dan sejarah dua kelab bola sepak ini menjadikan pertemuan ini menjadi tontonan jutaan peminat bola sepak. Tambah menarik ia menemukan Lionel Messi dan C.Ronaldo.
MU kalah kepada Manchester City; 0 : 1, akhirnya Man City berjaya ke perlawanan akhir menewaskan musuh setempat yang sentiasa membayangi mereka. Kegembiraan Man City turut dikongsi sama oleh ramai peminat bola sepak terutamanya penyokong Liverpool dan termasuklah saya. Sebab? Kerana saya juga adalah penyokong Liverpool. Selamat tinggal Treble buat MU.
Perak vs Selangor: 0 : 1, Perak kalah kepada Selangor tapi Liga Malaysia masih panjang. Dan Perak agak membanggakan pada tahun ini. Semoga Perak akan kembali ke zaman kegemilangan di awal 90an dan dan hujung 90an.
Sementara itu satu lagi acara sukan menarik berlangsung hari ini, Grand Prix F1, Shanghai. Erm, Vettel gagal menjuarai GP Shanghai yang secara tidak langsung menggagalkan hasrat beliau untuk menjuarai 3 GP secara berturut-turut bagi musim ini. Saya? Minat jugak tengok F1, minggu lepas pun tengok Live kat Sepang, tapi dah kurang thrill, my favourite driver dah takde; Kimi Raikonnen. Apapun, harapnya musim ni persaingan sengit akan berlaku antara Hamilton, Vettel, Webber, Alonso, Button dll.
Akhirnya, semoga Barcelona berjaya untuk Treble tahun ini.
Salam,
Nur Pelangi.
No comments:
Post a Comment