Friday, 15 April 2011

Salam Pembuka Bicara

Assalamualaikum,

Telah terlalu lama rasanya hasrat hati untuk membuka Blog sendiri. Namun pelbagai kekangan yang direka minda menggagalkan hasrat tersebut. Namun hari ini, 16 April 2011, Sabtu, jam 7.45 pagi, bersamaan 12 Jamadilawal 1432 Hijrah, dengan izin Allah, alhamdulillah hasrat yang sekian lama bersarang di hati itu terkabul jua.

Tidak dapat dipastikan  tujuan sebenar lahirnya Blog Minda Luka ini. Mungkin kerana hati. Hati ini terasa ingin berkata-kata. Terasa ingin untuk meluahkan segala yang ada, untuk mengingatkan diri sendiri terutamanya. Mungkin juga kerana suka-suka. Sekadar mengisi ruang waktu senggang melayan rasa. Melayan kerenah jiwa.

Sebelum Blog ini belayar jauh membelah gelora minda, terbang membelah gelombang rasa dan menongkah arus belantara jiwa, izinkan saya memohon ampun dan maaf kiranya ada jiwa yang terluka membaca kekurangan luahan jiwa saya. Sesungguhnya ia pandangan peribadi semata-mata.

Salam sayang,
Nur Pelangi.

1 comment: