Monday, 25 April 2011

Aku, Kawan aku dan kahwin.

Semalam aku bertemu dengan sahabat lama di Alamanda. Seorang gadis yang melalui usia awal 30an. Katanya masih single dan available. Aku yakin dia sememangnya masih single dan available. Dia seorang yang pada pandanganku telah berjaya. Sekurang-kurangnya dalam kerjaya di mana beliau merupakan seorang Ketua Penolong Pengarah di sebuah Jabatan Kerajaan. Beliau juga memiliki Master dan bercadang untuk menyambung pengajian ke peringkat PHD. Memiliki kereta Toyota Wish dan rumah double story. Apalagi yang kita cari kalau sudah memiliki semua itu. Ya begitulah bagi sesetengah orang.

Dalam pertemuan tersebut banyak perkara yang kami bincangkan. Antaranya bab kahwin. Actually mulanya dia telah bertanya padaku bila nak kahwin. Bukan  la pelik sangat dengan soalan tu tapi kali ini aku mengambil masa yang agak lama untuk menjawab persoalan tersebut. Tak pasti nak jawab macamana soalan tu.

Entahlah, pada aku perkahwinan ni tak hanya melibatkan antara aku dan bakal isteri aku sahaja. Pastinya melibatkan kaum keluarga pihak lelaki dan kaum keluarga pihak perempuan. Malah kadangkala melibatkan latarbelakang masing-masing. Jadi bila semua tu perlu diambilkira maka ia susah sikit bagi aku. Akhirnya aku menjawab kalaulah perkahwinan itu hanya melibatkan aku dan seseorang perempuan sahaja tanpa melibatkan keluarga, mungkin aku dah kahwin sekarang.

Lalu aku pula bertanya padanya, kenapa masih tak kahwin sekarang. Dia juga mengambil masa untuk menjawab. Katanya memanglah dia nak kahwin terutama bila memikirkan tentang usianya. Lebih-lebih lagi bila memikirkan tentang zuriat. Memang dia berhasrat untuk mempunyai zuriat sendiri.

Aku bertanya padanya sudah ada kah calonnya? Dia kata tak ada. Bukan tak ada langsung, actually seorang tu duda, kerja dengan Kerajaan. Cuma katanya dia tak ada perasaan pada lelaki tu. Yang seorang lagi tu suami orang. Bukan masalah baginya kalau suami orang pun, tapi lelaki ni dah bercerai banyak kali dan isteri yang dia ada ni, entah isteri yang ke berapa dia dah kawin. Kerjanya? ok la. So nasihat saya, tak payah lah. Nanti menyakitkan hati je.

So, bila bercakap pasal kahwin ni. Susah sebenarnya, kalau tak sampai seru la. Ada je alasannya. Soal hati la. Soal perasaan la. Sekufu la. Antara dua darjat la. Macam-macam soal la. Last sekali jawapan yang paling mudah, tak ada jodoh. Bukan nak kata orang, aku pun sama. Nasib baik hensem lagi....heheheh.




No comments:

Post a Comment