Pelangi adalah satu fenomena alam yang sangat indah. Ciptaan Allah yang dipuja tentang keindahannya.Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warna merah di lengkung paling luar dan ungu di lengkung paling dalam. Mengikut urutan, warnanya ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu. Asas warnanya putih.
Lantaran keindahannya ia sering dijadikan elemen penting dalam sajak, puisi atau penulisan kreatif dalam karya-karya penulis. Biasanya digunakan dalam bentuk perlambangan.
Bagi aku, pelangi boleh dianggap sebagai perlambangan dalam kehidupan kita.Elemen warna pada pelangi menggambarkan kehidupan kita yang pelbagai, yang kadang kala suram, terang, bercahaya dan pelbagai lagi. Dan dengan kepelbagaian itulah sebenarnya yang menjadikan hidup kita ini penuh dengan warna-warna kehidupan. Sangat indah sebenarnya walau pun kadangkala sangat menyakitkan dan mengecewakan. Kepelbagaian itu juga membina pengalaman yang akhirnya menjadikan siapa diri kita. Tapi seperti yang saya katakan, segala kejadian yang berlaku itu beserta niat. Itulah asasnya.
Pelangi juga terbentuk dengan elemen air dan cahaya matahari. Tanpa air atau tanpa cahaya matahari, pelangi tidak akan terbentuk. Jadi dalam kehidupan kita, segala kejadian yang berlaku disebabkan gabungan elemen-elemen kau dan aku, atau suami dan isteri, atau pemimpin dan rakyat, atau alam dan manusia. Jadi, itulah hakikatnya. Jangan suka menuding orang lain dalam satu-satu kejadian. Pastinya ada elemen KITA di situ.
Akhirnya pelangi ini ada elemen mula dan akhir. Ia bermula apabila ada elemen air dan cahaya matahari. Dalam konteks biasa, bila hujan dan adanya cahaya matahari. Ia adalah sementara. Begitu juga dalam kehidupan kita, tiada yang mutlak. Ianya hanya sementara. Dipinjamkan sementara waktu oleh Allah untuk menguji keimanan kita terhadap Nya. Dan pastinya setiap dugaan itu ada penghujungnya dan setiap keindahan itu ada pengakhirannya.Hakikatnya, nikmatilah ia sementara ia masih wujud.
Jadinya, nikmatilah hidup ini dengan asas niat yang putih (ikhlas) sebelum senja menjelang. Kerana tanpa Nur tak mungkin ada Pelangi. Tanpa pelangi, alam tiada seri, hidup tidak berwarna warni.
Nur Pelangi
Kadangkala ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat...Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rapanya Allah hendak memberi kita Pelangi...Terima kasih Ya ALLAH...Kehidupan walaupun kadang kala ada kepahitan, jangan dilupakan pada kemanisannya.. Kenanglah pada warna-warni kehidupan yang indah..jangan jadikan kesedihan dan kesusahan sebagai perkara utama untuk diperkatakan kerana ianya akan menghalang diri untuk menikmati kebahagiaan...buat Nur Pelangi, semoga ceria dan sihat walafiat selalu...Amin..
ReplyDelete