Assalamualaikum,
Manusia membina harapan. Harapan dengan mengharapkan sesuatu yang baik - baik. Harapan untuk menjadi kaya, harapan suatu perkahwinan itu bahagia sehingga ke akhir hayat, harapan untuk sesuatu atau seseorang itu menjadi milik kita, harapan untuk ke menara gading dan macam - macam harapan lagi. Mereka menaruh harapan.Rasanya semua manusia begitu. Salahkah begitu?
Aku tidak nampak sebarang masalah dalam membina harapan atau menaruh harapan asalkan ia disertakan dengan usaha. Tapi seringkali juga manusia lupa bahawa harapan itu sebenarnya bukan sesuatu yang pasti. Harapan biasanya untuk sesuatu di masa depan, sesuatu yang berlakunya harapan itu di masa hadapan. Tiada kepastian. Ia bukan hak kita. Kadang-kadang apa yang kita harapkan, kita tidak dapat. Ada yang kecewa ada yang tidak.Jadi semuanya tiada kepastian. Apa yang pasti kita tidak mungkin akan tahu apa yang bakal berlaku di masa hadapan. Kita boleh menjangka sesuatu tapi ia masih belum benar-benar pasti.
Aku juga pernah membina harapan. Awal tahun lepas umpamanya aku mengharapkan pelaburanku mendapat pulangan yang baik. Awal tahun ini aku dapati harapan ku itu hanya tinggal harapan. Aku kecewa? Tidak pun. Mungkinkah sebab aku selalu terkecewa, makanya aku tidak lagi mempunyai perasaan kecewa? Tidak jugak. Sebabnya aku tahu, tahun ini harapan ku itu masih boleh diteruskan dengan sedikit pengubahsuaian.Lagipun tidakkah boleh kita terima sedikit kekecewaan dengan lebih banyak keuntungan yang pernah kita perolehi. Kita tidak boleh dapat semua yang kita hendak sebab kadang-kadang apa yang kita hendak itu milik orang lain.
Walaupun begitu, ramai juga yang kecewa bila harapan tinggal harapan. Pada aku kecewa itu pun perkara biasa sebab kita adalah manusia. Aku juga pernah kecewa. Malah sebenarnya kita ini sentiasa dalam keadaan kecewa sebab dalam dunia ni tiada yang sempurna. Kalau di Malaysia ni kita pastinya akan kecewa dengan servis pengangkutan awam, sikap kebanyakan pemandu di jalanraya dan banyak lagi sebenarnya tapi sensitif kalau disebut. Persoalannya manusia ni, bila sebut kecewa je, apa yang selalu terlintas di fikiran ialah kecewa bercinta. Please la, buka sikit minda tu.
Tapi bila kita sebut pasal harapan, pasal kecewa, perkara yang paling aku bimbang ialah bila aku mengecewakan harapan orang. Rasanya dalam sejarah kehidupan aku ini, ada beberapa kali aku mengecewakan harapan orang. Berat rasanya mengecewakan harapan orang. Sebabnya aku pun turut rasa kecewa bila aku mengecewakan harapan orang. Aku rasa bersalah dan kesalahan itu rasa tak habis- habis selagi orang yang dikecewakan itu tidak kembali bahagia atau kembali normal. Kadang-kadang bimbang pun ada, takut - takut kekecewaan itu menyebabkan seseorang itu membuat tindakan yang diluar batas - batas biasa. Biarpun aku pernah mengecewakan harapan orang, aku tidak biasa mempermainkan orang atau mempermainkan perasaan orang. Aku sentiasa sedar perkara begitu dan sentiasa berhati-hati. Cumanya orang tak faham atau buat-buat tak faham. Hakikatnya, bila kita berlaku jujur akan ada orang yang kecewa. Pada aku biarlah kecewa atas kejujuran daripada kecewa dikemudian hari akibat mainan perasaan kerana darjah keperitannya sangat tinggi. Makin tinggi jatuhnya makin sakit. Remuk redam. Hancur luluh. Aku tak mau begitu jadinya. Cukuplah dengan apa yang telah berlaku. Sejarah itu sentiasa menjadi iktibar buatku. Maafkan saya.
Salam,
Nur Pelangi.
Friday, 13 January 2012
Wednesday, 11 January 2012
MAHA itu milikNya
Assalamualaikum,
Manusia ini,
sering melihat manusia itu,
manusia - manusia itu,
tidak pernah betul,
tiada yang betul,
tidak pernah elok,
tiada yang elok,
semuanya bersifat munafik,
seolah-olah neraka itu milik mereka.
Manusia ini,
seringkalinya,
melihat diri mereka,
diri sendiri,
tiada kesalahannya,
tiada kesilapannya,
serba sempurna,maksum sifatnya,
seolah-olah dosa itu bukan milik mereka,
seolah-olah syurga itu hanya untuk meraka.
Manusia ini,
semua manusia ini,
seringkali lupa,
bukan melayu saja,
bahawa MAHA itu hanya untuk yang esa,
MAHA itu milikNya,
MAHA itu bukan milik kita,
MAHA itu sempurna.
Manusia ini,
manusia itu,
hakikatnya,
kita semua adalah sama,
kita hanyalah insan,
tiada MAHA di dalamnya,
kerana,
MAHA itu sempurna,
MAHA itu milikNya.
Salam,
Nur Pelangi 2012
Manusia ini,
sering melihat manusia itu,
manusia - manusia itu,
tidak pernah betul,
tiada yang betul,
tidak pernah elok,
tiada yang elok,
semuanya bersifat munafik,
seolah-olah neraka itu milik mereka.
Manusia ini,
seringkalinya,
melihat diri mereka,
diri sendiri,
tiada kesalahannya,
tiada kesilapannya,
serba sempurna,maksum sifatnya,
seolah-olah dosa itu bukan milik mereka,
seolah-olah syurga itu hanya untuk meraka.
Manusia ini,
semua manusia ini,
seringkali lupa,
bukan melayu saja,
bahawa MAHA itu hanya untuk yang esa,
MAHA itu milikNya,
MAHA itu bukan milik kita,
MAHA itu sempurna.
Manusia ini,
manusia itu,
hakikatnya,
kita semua adalah sama,
kita hanyalah insan,
tiada MAHA di dalamnya,
kerana,
MAHA itu sempurna,
MAHA itu milikNya.
Salam,
Nur Pelangi 2012
Subscribe to:
Comments (Atom)