Assalamualaikum,
Tidak berapa lama dahulu, aku ada mengenali seorang teman.Baik dan pemurah orangnya.Seorang yang mempunyai kerjaya yang agak sederhana dan taraf pendidikan yang baik. Mempunyai daya ingatan yang kuat dan pengetahuan agama yang luas. Amat berminat dengan politik.
Atas dasar kepercayaan agaknya, banyak yang beliau ceritakan tentang kisah hidupnya.Katanya disuatu ketika dulu bahawa dia telah menyukai "seseorang". Aku pasti tahap sukanya beliau pada "seseorang" itu bukanlah tahap suka yang biasa tapi suka yang "luar biasa". Kalau tidak masakan beliau bertanyakan pendapatku tentang poligami. Pendapatku amat mudah, poligami itu dibolehkan dalam islam. Offcourse la bersyarat. Syaratnya itu ditetapkan oleh Allah. Kalau boleh ikut syaratnya, then tepuk dada tanya selera. Aku tidak menggalakkan beliau. Aku bercakap tentang hukum.
Sebenarnya aku faham. Manusia ni suka mencari kekuatan atau sokongan daripada sesuatu atau seseorang untuk menjustifikasi perbuatannya. Untuk memastikan perbuatannya itu sebenarnya bukanlah salah. Lagi ramai yang menyokong lagi kuat justifikasi perbuatannya itu. Bagiku, itu normal.Sikap semulajadi manusia.
Mengenali isteri beliau. Pada aku baik orangnya. Mengenali orang yang disukainya itu.Pada aku biasa saja. Cantik. Pada aku cantik isteri dia lagi. Sikap. Class sikap isteri dia lagi. Jadinya, jadilah dia selama setahun itu hidup tak keruan dek kerana orang yang disukainya itu. Itu suatu ketika dulu.
Saat ini, syukurlah hakikat fakta telah terserlah. Beliau kembali pada realiti. Mungkin tidak akan sama seperti dulu tapi sekurang-kurangnya mereka masih bersama. Semoga akan terus bersama.
Aku sebenarnya mula memahami sesuatu. Rupanya manusia ini tidak kira jantina, tidak kira apa level pendidikannya, tidak kira apa jawatannya, akan melakukan sesuatu tindakan yang kadangkala di luar kawalan minda apabila mereka mula menyayangi seseorang. Tindakan itu kadangkala amat merbahaya, amat tidak logik dan tidak rasional. Mereka menjadi luar 'biasa' dek kerana cinta. Iskkhh, sesungguhnya amat mengerikan bagi ku.
Salam,
Nur Pelangi
No comments:
Post a Comment