Wednesday, 20 July 2011

Aku dan Cita-Cita

Assalamualaikum,

Saat ini, suatu ketika dahulu, aku pernah ditanya oleh seorang guru, “A...N, apa cita-cita awak?”. Aku menjawab dengan penuh yakin,” tak ada cita-cita cikgu”.
“Kenapa?” tanya cikgu itu kembali.
“Saya kena tunggu result dahulu cikgu, lepas tu saya akan apply mengikut kelayakan saya” Jawabku. Cikgu tersebut terdiam, dan akhirnya beliau berkata,”erm, rasanya ini kali pertama cikgu mendapat jawapan sebegini”.

Hakikatnya saat itu, aku baru sahaja diperkenalkan kepada rakan sekelasku pada hari pertama aku melapor diri di tingkatan enam. Jawapan itu sebenarnya terkeluar secara spontan tetapi dalam keadaan yang amat waras. Ada kemungkinan cikgu tersebut akan memarahi aku, tapi aku sanggup menerima risikonya. Persoalan yang sama jika ditanya 10 atau 12 tahun sebelum peristiwa itu, maka jawapannya adalah, “doktor”, atau mungkin “peguam” atau “cikgu” atau mungkin apa-apa sahaja tetapi pastinya satu kerjaya yang baik.

Saat jawapan itu terkeluar sebenarnya aku terfikir bahawa result SPM ku sememangnya teruk. Subjek-subjek sains itu sememangnya merosakkan aku. Apa lagi kalau bukan Biologi, Fizik, Kimia dan sudah tentunya Matematik Tambahan. Orang lain straight ‘A’s aku straight ‘F’s. Jadinya, pada fikiranku apa perlunya meletakkan cita-cita yang sekadar impian. Biar berpijak di bumi nyata. Take it step by step. Biar praktikal, biar logik. Dan atas dasar itu, AKU menjadi AKU. Orang benci? aku tak kisah kerana itu haknya. Orang suka? orang sayang? Alhamdulillah, aku tak kisah kerana itu juga haknya. Tapi aku juga ada HAK AKU.

20 bulan kemudian, alhamdulillah result yang keluar agak baik. Cemerlang? Tidak bagi yang sedia cemerlang, bagi ku pun sebenarnya biasa saja. Aku menerimanya dalam keadaan biasa juga. Dan 5 bulan seterusnya, aku telah mendaftarkan diri disalah sebuah menara gading. Adakah ia termasuk dalam cita-citaku? Tidak, tidak pernah terlintas. Pada ku saat itu yang paling penting adalah kerja.

4 tahun setengah selepas tarikh itu, akhirnya aku telah bekerja. Adakah kerja itu merupakan antara cita-citaku? Tidak. Hari ini kiranya telah banyak kerja yang aku lakukan. Bertukar kerja sebenarnya. Ada antaranya itu cita-citaku? Tidak juga. Kerana sedari saat aku ditanya tentang cita-citaku itu, hakikatnya ia suatu yang tak akan mungkin. Saat itu sebenarnya aku telah menerima hakikat itu. Jadi aku terima apa adanya. Dan kini, hakikatnya Aku masih Aku.

Salam,
Nur pelangi

No comments:

Post a Comment