Assalamualaikum,
Bercakap tentang kaum Hawa memang tak akan habis. Yang pasti mereka memang makhluk yang amat istimewa. Di jadikan Allah dengan pelbagai keistimewaan membolehkan Hawa penentu landasan syurga atau neraka seorang lelaki. Malah dengan pelbagai keistimewaan yang ada, mereka juga boleh menentukan syurga idaman hati. Offcourse ada syaratnya. Apapun bukan itu persoalannya yang ingin ditimbulkan. Yang ingin ditimbulkan susahnya nak faham sikap mereka.
Pernah disuatu ketika yang lalu, aku mempunyai kenalan yang agak baik dengan ku. Seorang cikgu. Baik orangnya. Pernah berjumpa pun. Sekali je. Perkenalan itu bermula daripada dia masih single dan available sehinggalah dia telah bertunang. Bila sahaja dia telah bertunang, perkenalan itu masih seperti biasa tetapi aku mula mengawal batas-batas perhubungan tersebut dan akhirnya menjadi renggang. Pada aku, ok je begitu. Memang perlu ada batasnya berhubung dengan tunangan orang.
Selang beberapa bulan kemudiannya, tiba-tiba temanku itu menghubungiku. Beliau bertanyakan pendapat tentang sekufu dan sebagainya. Aku sekadar menjawab apa yang aku tau. Tak kurang, tak lebih. Beliau kemudiannya menyepikan diri buat beberapa bulan dan bila dia menghubungiku kemudiannya, beliau menyatakan bahawa beliau telah putus tunang. Aku bertanya mengapa. Jawapannya padaku, tidak sekufu. Aku terkedu dan kelu.
Aku makin terkedu dan kelu bila dia bertanyakan padaku, bolehkah dia menjadi kawanku. Aku terdiam lama dan akhirnya aku berkata padanya bahawa bukankah aku selama ini sememangnya kawan beliau. Tiba-tiba dia berkata "lelaki semuanya sama" dan beliau memutuskan talian telefon. Aku makin terkedu. Beberapa ketika aku cuba menghubunginya semula, namun tiada jawapan.
Begitulah untuk hari-hari seterusnya sehinggalah aku merasakan tiada keperluan lagi untuk aku menghubunginya kerana bagiku, aku sekadar sayangkan persahabatan itu. Ya, sebagai kawan, tak lebih dari itu. Kalau dia tidak dapat menerimanya. Itu haknya. Takpe lah, mungkin itu yang terbaik buatnya dan terbaik buatku. Cumanya, aku masih tak faham, sehingga kini. Kenapa begitu?
No comments:
Post a Comment