Wednesday, 11 May 2011

Aku, gadis merokok dan pejuang hak wanita

Assalamualaikum,

Hari ini aku tidak berapa sihat. Malas untuk beralasan, aku menghubungi teman di ofis memalumkan bahawa aku mengambil cuti kecemasan. Mana lah tau, di klinik nanti aku tak dapat MC. Memandangkan aku memohon cuti, aku tidak bersegera untuk ke klinik. Sekadar minum segelas air, aku terus ke klinik. Aku memaklumkan ketidakselesaan yang ku alami kepada Dr. tersebut dan kerana beliau mengenali ku dan pernah beberapa kali merawat ku dan memahami kesakitan yang ku alami, beliau memberi MC kepada ku. Alhamdulillah.

Sebelum pulang ke rumah, aku singgah di sebuah restauran untuk membeli makanan. Bungkus je. Di satu sudut kelihatan 2 orang gadis melayu sedang berbual berselang seli dengan ketawa. Kelihatannya mereka sangat gembira. Cantik orangnya dengan gaya pakaian yang moden.Pasti la ketat dan padat. Dari raut wajah,aku menganggarkan umur mereka masih belasan tahun. Jadi aku gembira melihat mereka gembira. Cuma yang buat aku tak gembira, kedua-duanya menghisap rokok. Mereka seolah-olah berbangga dengan merokok tu.

Aku terfikir samada keluarga mereka tau atau tidak anak perempuan mereka merokok. Mungkin mereka tau, mungkin juga tidak. Terfikir lagi, kalau lah gadis-gadis ini nanti dah berkeluarga dan mempunyai anak. Takkan nak marah kalau anak-anak mereka merokok.

Bagi aku, perkara ini bukanlah pelik dan mengejutkan. Statistik tinjauan Morbiditi dan Mortaliti Kebangsaan 2003 menunjukkan peratusan remaja perempuan merokok adalah sekali ganda lebih tinggi daripada lelaki. Aku tidaklah bangga dengan statistik ini tapi golongan yang memperjuangkan hak wanita mungkin tersenyum bangga. Ternyata sebahagian impian mereka telah tercapai.

No comments:

Post a Comment